Harga Rumah Mampu Milik 2019 (affordable home 2019)

Selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara dari Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir Malaysia selama lebih 60 tahun, kini tumpuan yang khusus kepada rumah mampu milik ataupun affordable home bagi semua kaum dan semua latarbelakang rakyat. Di bawah Kementerian KPKT, Dato Seri Zuraida Kamaruddin telah meneliti aspek untuk membentuk banyak rumah mampu milik dengan harga bermula rm300,000

Diharap agar harga rumah mampu milik ini dapat turun lagi pada tahun 2019 kerana pengumuman oleh Kementerian Kewangan YB Lim Guan Eng yang mengecualikan SST dikenakan ke atas bahan binaan.

 

Sunway Velocity 2 apartment and condominium

Sekarang sedang hangat dipasaran hartanah Kuala Lumpur dengan projek perumahan di Sunway Velocity 2 Kuala Lumpur. Lokasi ini terletak di kawasan Cheras betul-betul berhadapan dengan Pusat membeli belah Sunway Velocity.

Dari sini anda dapat akses yang begitu mudah untuk ke pusat bandar kerana rangkaian jaluran pengangkutan awam yang begitu baik kerana mempunyai stesen MRT, perkhidmatan Grab Car, Teksi, Bas RapidKL

Terdapat jejantas yang tinggi dan selamat bagi anda yang gemar dan suka berjalan kaki dan menggunakan perkhidmatan awam. Sedikit masa lagi, kawasan Cheras terutamanya di Cochrane akan berwajah baru sebagai bandar satelit kerana kemudahan asas yang tiada tolok bandingnya. Jarak untuk ke pusat bandar hanyalah sekitar 1-2 kilometer sahaja. Dan yang paling penting, kawasan perumahan ini tidak terlalu sesak seperti di kebanyakan bandar besar seperti di Kajang kerana faktor pengangkutan awam yang terbaik